Bila waktunya perlu marah?
Mama pun tak tahu.
Suara dekat rumah ni tak pernahnya tak naik.
Darah yang tak berapa muda ni pun asyik membara je.
Anak.anak.sering menguji.pasangan apatah lagi.
Tapi kali ni cerita tentang marah dan anak.
Cuma satu sahaja kejayaan mama setakat ni.
Tidak marah walau sedikitpun apabila muaz dan auni ganggu mama solat.
Walaupun sampai terbatal sebab muaz masukkan jari dalam hidung dan mulut mama.
Mama tak marah auni pun masa auni terkoyakkan al quran hantaran kahwin pemberian abah (mama kena marah, sebab tak pandai jaga auni)
Sebab, mama nak muaz dan auni lihat agama.ad deen.islam ini lemah lembut.
Maka, mama pun kena jadi lemah lembut, sebagaimana Islam itu sendiri.
Muaz dan auni, harta mama.
No comments:
Post a Comment