Monday, 16 June 2014

Kesayangan mama & abah

Anak-anak mama,

walaupun blog ni namanya mamasayangaunimuaz, jangan anak-anak fikir mama cuma sayang auni dan muaz sahaja.... sebab heading blog ni..

MAMA.AULAD.ABAH.

maksudnya blog ni untuk satu keluarga kita.untuk mama, abah dan anak-anak.

owh, hari ini mama mengandungkan auni@afham yang berusia 26-27 minggu.

putera @ puteri, harapan mama agar mama selamat melahirkan kamu.

Sihat.cerdas.

Semoga mama berjaya menyusukan kamu sehingga dua tahun! InsyaALLAH

ADHAM MUAZ - yang cantik, yang dilindungi ( inspirasi daripada muaz bin Jabal)

AUNI HUMAIRA' - keamananku putih kemerahan (inspirasi daripada saidatina Aisyah)

AFHAM SUHEIL - yang pandai, mudah (Inspirasi daripada Suheil ibn amr)

Semoga abah setuju nama yang ketiga ni, sebab mama xbincang dengan abah lagi! hihihi..

Mama loves all of you.

Mama loves you too abah.

Abang, Mohd Zaki Yamani bin Rahmat, ampunkan sayang.